Saya akan berkongsi cerita tentang salah
satu ikon kebangaan negara dan juga logo yang diabdikan dalam jata negara iaitu
Jambatan Pulau Pinang.
Jambatan Pulau Pinang (Exit 36) merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan keempat terpanjang di Asia Tenggara.
Jambatan ini mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer
daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Jelutong, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang
Perai. Sebelum tahun
1985, untuk pegi ke seberang, pengangkutan utama adalah feri yang kita naiki
dari dulu hingga kini. Untuk pengetahuan semua, jambatan Pulau Pinang ni
mula dibuka pada 14 September 1985 untuk kenderaan awam.
Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada
tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta.
Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui
sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana
struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed
bridge) yang terawal di dunia.
Jambatan Pulau Pinang dilengkapi dengan
empat buah menara di tengahnya, berdiri setinggi 33 meter dari paras laut, dan
diperteguhkan dengan kabel konkrit seperti Golden Gate Bridge yang dibina di
San Francisco.
Dari segi kejuruteraan, sejumlah 648km
cerucuk, yang menyamai laluan dari Butterworth ke Johor Baru, telah digunakan
untuk pembinaannya. Ianya dapat menahan gegaran sehingga ke bacaan 7.5 menurut
skala Richter.
Pereka jambatan ini merupakan anak jati
Pulau Pinang sendiri iaitu mendiang Tan Sri Prof Chin Fung Kee, seorang
jurutera geoteknik yang termahsyur, yang juga pernah memangku jawatan Timbalan
Canselor di Universiti Malaya.
Dari segi perspektif sejarah serta
pembinaan, Perdana Menteri Malaysia Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak telah
mengambil inisiatif untuk memastikan idea untuk pembinaan jambatan ini dapat
diteruskan pada awal tahun 1970-an.
Usaha beliau kemudiannya diteruskan pula
oleh Perdana Menteri Ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn pada penghujung tahun
1970an, yang kemudiannya direalisasikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada
April 1982, Tun Dr Mahathir telah menanam cerucuk pertama jambatan sebagai
merasmikan pembinaan jambatan tersebut.
Pada 3 Ogos 1985, Tun Dr Mahathir telah
merasmikan pembukaan jambatan ini dengan penuh kebanggan dan gaya, dengan
memandu kereta pertama Malaysia, Proton Saga, sambil mengibarkan Jalur
Gemilang.
Di samping menjadi simbol ikon bagi
Pulau Pinang, kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjadikan Larian Jambatan
Pulau Pinang sebagai acara tahunan, di mana ianya merupakan sebuah acara sukan
antarabangsa yang popular.
Jambatan ini juga telah dilebarkan pada
Ogos 2009 dan kini ianya dapat menampung kapasiti kenderaan berjumlah 155,000
sehari berbanding 120,000 sebelum ini.
Tarik-tarikh Penting :
- Awal 1970an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bagi menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang
- Akhir 1970 an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya
- 23 Julai 1981 - Menteri Kerja Raya, S. Samy Vellu mengumumkan jambatan Pulau Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco Golden Gate
- Tahun 1982 - Pembinaan bermula
- 3 Ogos 1985 - Perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad
- 14 Sept 1985 - Pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam
Kos : RM 850 juta
Pereka : Tan Sri Prof Chin Fung Kee,
Jurutera geoteknik, Timbalan Caselor, Universiti Malaya
Kontrakor
1.
Utama : Hyundei Engineering & Construction
Company (Korea)
2.
Tempatan :
Jurutera Konsultan (SEA) Sdn. Bhd.
Yong & Mohd. Faiz Sdn. Bhd.
Kumpulan Arkitek Sdn. Bhd.
Valdun Associates Sdn. Bhd.
3.
Jurutera Perunding : Howard Needles & Tammen Bergendoff
Int. Inc.
Keunikan
- 1. Diiktiraf sebagai 10 struktur paling seksi di dunia oleh agensi berita Reuters
- 2. Rekabentuk menggunakan kaedah gelegar konkrit dengan kabel penahan seperti di Golden Gate, San Fransisco, Amerika Syarikat.
- 3. Jambatan dapat dilihat dari setiap sudut pandangan di pulau dan juga tanah besar
- 4. Mampu menahan gegaran gempa bumi pada sekala Richter 7.0
- 5. Cerucuk yang digunakan adalah sepanjang 648km bersamaan dengan jarak Butterworth ke Johor Bahru
Pencapaian /Anugerah
- 1993 : Anugerah Istimewa FIABCI (Kategori Fasa Pembangunan dan Pembinaan) daripada International Real Estate Federation of Malaysia.
- 1996 : Anugerah Utama dalam Pertandingan Kecemerlangan Kejuruteraan Amerika Syarikat – tajaan Conuslting Engineers Council of Consulting Engineers, Washington.
- 2010 : 10 Struktur Paling Seksi di Dunia, Reuters, London.