Saturday, November 02, 2013

Menara Kuala Lumpur (KL Tower)


Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter.
Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996.

Pembinaan
Pembinaan Menara Kuala Lumpur dilaksanakan dalam 3 fasa pembinaan. Fasa pertama dimulakan pada Oktober 1991 sehingga 15 Ogos 1992. Fasa kedua pula bermula pada 12 Julai 1992 dengan pembinaan ditumpukan pada tapak menara dan tingkat bawah tanah. Kerja-kerja asas pembinaan dan aktiviti penanaman cerucuk selesai pada 15 April 1993
Menara ini lebih tinggi berbanding Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur kerana terletak pada di kemuncak 94m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Di sini siaran radio RTM iaitu Klasik Nasional, Muzik FM, KL FM, Traxx FM, Ai FM, Minnal FM, Asyik FM, televisyen RTM1 dan RTM2 milik Radio Televisyen Malaysia dan NTV7 siaran UHF dapat diterima sehingga 40km jauhnya.
Menara Telekomunikasi Kuala Lumpur ini merupakan menara telekomunikasi yang kelima tertinggi di dunia di belakang Menara CN di Kanada pada ketinggian 553m, Menara Ostankino di Russia setinggi 537m, Menara Shanghai di Negara China dengan 468m tinggi dan Borj-e Milad dengan ketinggian 435m di Iran. Menara 421 meter tinggi ini mula dibina pada tahun 1993 dan siap pada 1996. Di bawah menara ini terdapat kedai cenderamata, panggung mini, panggung terbuka, mini zoo, restoran dan Kampung Budaya 1Malaysia.

Reka Bentuk
Reka bentuk menara ini direka oleh Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat tempatan. Bentuknya yang tirus dan tinggi adalah keistimewaannya. Bahan binaan menara ini adalah konkrit. Menara ini menjadi tumpuan pelancong kerana ia menyediakan banyak tempat reakreasi. Reka bentuk menara ini dipengaruhi oleh seni bina Islam, Jerman, Perancis dan tempatan. Hiasan dalamannya pula dipengaruhi oleh seni bina Islam yang bercirikan gaya Muqarnas dari Esfahan, Iran. Seni reka dalaman yang bercirikan sentuhan Muqarnas ini dapat dilihat dengan ketara khususnya pada rekaan kubah kaca yang terdapat di lobi lif utama. Kubah kaca yang terdapat adalah dalam tekstur yang agak kasar, ia mempunyai tujuh tingkat yang melambangkan 7 lapisan (petala) langit menurut Islam. Hiasan ini juga boleh dilihat di pintu masuk utama ruang legar dan dibawah kepala menara.
Menara Kuala Lumpur digunakan untuk aturcara penting bagi umat Islam kerana disinilah tempat penentuan anak bulan Ramadan dan Syawal dilakukan di puncak menara tersebut.

Menara Kuala Lumpur memperlihatkan aktiviti kesenian dan kebudayaan di Kampung Budayanya yang dipanggil Kampung Budaya 1Malaysia. Antara aktiviti di sini ialah permainan tradisional, persembahan tarian tradisional, gamelan, persembahan muzik dan nyanyian lagu-lagu asli setiap hari

Monday, September 16, 2013

Sejarah dan Keunikan Jambatan Pulau Pinang

Saya akan berkongsi cerita tentang salah satu ikon kebangaan negara dan juga logo yang diabdikan dalam jata negara iaitu Jambatan Pulau Pinang.



Jambatan Pulau Pinang (Exit 36) merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan keempat terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan ini mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Jelutong, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai. Sebelum tahun 1985, untuk pegi ke seberang, pengangkutan utama adalah feri yang kita naiki dari dulu hingga kini. Untuk pengetahuan semua, jambatan Pulau Pinang ni mula dibuka pada 14 September 1985 untuk kenderaan awam.

Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta.

Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.

Jambatan Pulau Pinang dilengkapi dengan empat buah menara di tengahnya, berdiri setinggi 33 meter dari paras laut, dan diperteguhkan dengan kabel konkrit seperti Golden Gate Bridge yang dibina di San Francisco.

Dari segi kejuruteraan, sejumlah 648km cerucuk, yang menyamai laluan dari Butterworth ke Johor Baru, telah digunakan untuk pembinaannya. Ianya dapat menahan gegaran sehingga ke bacaan 7.5 menurut skala Richter.

Pereka jambatan ini merupakan anak jati Pulau Pinang sendiri iaitu mendiang Tan Sri Prof Chin Fung Kee, seorang jurutera geoteknik yang termahsyur, yang juga pernah memangku jawatan Timbalan Canselor di Universiti Malaya.

Dari segi perspektif sejarah serta pembinaan, Perdana Menteri Malaysia Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak telah mengambil inisiatif untuk memastikan idea untuk pembinaan jambatan ini dapat diteruskan pada awal tahun 1970-an.

Usaha beliau kemudiannya diteruskan pula oleh Perdana Menteri Ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn pada penghujung tahun 1970an, yang kemudiannya direalisasikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada April 1982, Tun Dr Mahathir telah menanam cerucuk pertama jambatan sebagai merasmikan pembinaan jambatan tersebut.

Pada 3 Ogos 1985, Tun Dr Mahathir telah merasmikan pembukaan jambatan ini dengan penuh kebanggan dan gaya, dengan memandu kereta pertama Malaysia, Proton Saga, sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Di samping menjadi simbol ikon bagi Pulau Pinang, kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjadikan Larian Jambatan Pulau Pinang sebagai acara tahunan, di mana ianya merupakan sebuah acara sukan antarabangsa yang popular.

Jambatan ini juga telah dilebarkan pada Ogos 2009 dan kini ianya dapat menampung kapasiti kenderaan berjumlah 155,000 sehari berbanding 120,000 sebelum ini.


Tarik-tarikh Penting :
  • Awal 1970an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bagi menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang
  • Akhir 1970 an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya
  • 23  Julai 1981 - Menteri Kerja Raya, S. Samy Vellu mengumumkan jambatan Pulau  Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco Golden Gate
  • Tahun 1982 - Pembinaan bermula
  • 3 Ogos 1985 - Perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad
  • 14 Sept 1985 - Pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam


Kos                  : RM 850 juta
Pereka              : Tan Sri Prof Chin Fung Kee, Jurutera geoteknik, Timbalan Caselor, Universiti Malaya
Kontrakor                   
1.      Utama             : Hyundei Engineering & Construction Company (Korea)
2.      Tempatan        : Jurutera Konsultan (SEA) Sdn.  Bhd.
                         Yong & Mohd. Faiz Sdn. Bhd.
                         Kumpulan Arkitek Sdn. Bhd.
                         Valdun Associates Sdn. Bhd.

3.      Jurutera Perunding      : Howard Needles & Tammen Bergendoff Int. Inc.

Keunikan         
  1. 1.      Diiktiraf sebagai 10 struktur paling seksi di dunia oleh agensi berita Reuters
  2. 2.      Rekabentuk menggunakan kaedah gelegar konkrit dengan kabel penahan seperti di Golden Gate, San Fransisco, Amerika Syarikat.
  3. 3.      Jambatan dapat dilihat dari setiap sudut  pandangan di pulau dan juga tanah besar
  4. 4.      Mampu menahan gegaran gempa bumi pada sekala Richter 7.0
  5. 5.   Cerucuk yang digunakan adalah sepanjang 648km bersamaan dengan jarak Butterworth ke Johor Bahru


Pencapaian /Anugerah 
  • 1993    : Anugerah Istimewa  FIABCI (Kategori Fasa Pembangunan dan Pembinaan) daripada International Real Estate Federation  of Malaysia.
  • 1996    : Anugerah Utama dalam Pertandingan Kecemerlangan Kejuruteraan Amerika Syarikat – tajaan Conuslting Engineers Council of Consulting Engineers, Washington.
  • 2010    : 10 Struktur Paling Seksi di Dunia, Reuters, London.








Friday, July 26, 2013

Pulau Redang, Mei 2013

cK kembali ke pulau!! Kali ini ke Pulau Redang, Terengganu




Best Staff Award 2012

Setelah bertugas selama 5 tahun (sejak Februari 2008).. akhirnya, aku menerima pengiktirafan oleh pihak majikan di atas segala usaha dan bakti yang dicurahkan selama ini.
Anugerah ini adalah hasil sokongan ketua2, bekas ketua, bos, managers, kawan2 opis yang memberi dorongan dan inspirasi dalam menjalakan tugas..


Me & E-Bee

Sijil Penghargaan + RM 1000

Bogor, Puncak, Jakarta, Indonesia

Sekitar kenangan menarik di Puncak, Bogor, Jakarta.





Thursday, July 25, 2013

Danau Toba, Medan, Indonesia June 2013

Pertama kali cKmenjejak kaki ke kepulauan Sumatera. Kali ini cK bersama teman2 ke negeri Medan dan khusus ke Danau Toba.



Di hadapan Istana Maimon, Medan


C.K. Travels & Tours


Sunday, July 21, 2013

KL Hop On Hop Off

Pertama kali meneroka KL dengan Hop On Hop Off
Adalah cara terbaik untuk keliling KL seharian tanpa perlu pening kepala utk mencari lokasi dan pengangkutan!





Sunday, September 09, 2012

Disukai atau Dicintai? = Disayangi pilihannya

Dihadapan orang yang kau cintai,
musim dingin berubah menjadi musim semi yang indah
Dihadapan orang yang kau sukai,
musim dingin tetap saja musim dingin hanya
suasananya lebih indah sedikit
Dihadapan orang yang kau cintai,
jantungmu tiba tiba berdebar lebih cepat
Dihadapan orang yang kau sukai,
kau hanya merasa senang dan gembira saja
Apabila engkau melihat kepada mata orang yang
kau cintai, matamu berkaca-kaca
Apabila engkau melihat kepada mata orang yang
kau sukai, engkau hanya tersenyum saja
Dihadapan orang yang kau cintai
kata kata yang keluar berasal dari perasaan yang terdalam
Dihadapan orang yang kau sukai,
kata kata hanya keluar dari pikiran saja
Jika orang yang kau cintai menangis,
engkaupun akan ikut menangis disisinya
Jika orang yang kau sukai menangis,
engkau hanya menghibur saja
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan
rasa suka dimulai dari telinga
Jadi jika kau mau berhenti menyukai seseorang,
cukup dengan menutup telinga.
Tapi apabila kau mencoba menutup matamu dari
orang yang kau cintai, cinta itu berubah menjadi
tetesan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam
jarak waktu yang cukup lama.
Tetapi selain rasa suka dan rasa cinta... ada
perasaan yang lebih mendalam.
Yaitu rasa sayang.... rasa yang tidak hilang
secepat rasa cinta. Rasa yang tidak mudah berubah.
Perasaan yang dapat membuatmu berkorban untuk orang yang kamu sayangi.
Mau menderita demi kebahagiaan orang yang kamu sayangi.
Cinta ingin memiliki. Tetapi Sayang hanya ingin
melihat orang yang disayanginya bahagia..
walaupun harus kehilangan..





Bagoes Soedarno, Eksektif Muda


(9 September 2012)